DUA remaja dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah membunuh rakan sekelas yang berusia 13 tahun. Mahkamah di China pada Isnin menetapkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tertuduh pertama. Tertuduh kedua pula dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun. Kedua-dua tertuduh yang dikenali sebagai Zhang dan Li juga berusia 13 tahun didakwa membunuh dan menanam mayat mangsa pada Mac lalu. Seorang lagi individu yang turut terlibat secara tidak langsung dalam pembunuhan itu dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman. ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh, kerat mayat suami sebelum buang seluruh bandar... Wanita ditahan ketika buat pemeriksaan mental Mengikut fakta kes, Zhang dan Li mempunyai konflik dengan mangsa yang dikenali sebagai Wang. Pada hari kejadian, Zhang membunuh mangsa menggunakan penyodok dengan bantuan Li. Mereka kemudian bukan sahaja menanam mayat Wang, malah turut mencuri duit milik mangsa. Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube