suria

Lelaki parah dikelar guna pisau... Isteri berang suami lepak dengan kawan, tak nak balik rumah

Mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Foto KhaoSod

SEORANG pekerja pembinaan mengalami kecederaan serius di wajah selepas dikelar oleh isterinya menggunakan pisau.

Tindakan isterinya itu dipercayai berang dengan mangsa yang enggan pulang ke rumah selepas berparti.

Insiden serangan berlaku di sebuah tapak pembinaan di sekitar Soi Mab Yai La, Thailand pada minggu lalu.

Anngota penyelamat sukarelawan tiba di tempat kejadian untuk memberikan pertolongan cemas, sebelum mangsa dikejarkan ke hospital kerana kecederaan parah yang dialaminya.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada kedegilan mangsa yang berkeras untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan meskipun si isteri sudah memanggilnya pulang ke rumah.

Si isteri kemudiannya pergi ke tapak pembinaan tempat suaminya bekerja untuk menjemput pulang, namun mangsa tetap berkeras untuk terus meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Menurut saksi di lokasi kejadian, mangsa dan isteri kemudiannya bertengkar sebelum suspek mengambil sebilah pisau di dapur untuk menyerang suaminya.

Sementara itu, penduduk di kawasan kejiranan berkata, pasangan suami isteri berkenaan kerap bergaduh kerana isu ketagihan alkohol.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain