suria

Budak perempuan meninggal dunia selepas seminggu dirogol... Pelaku rakan sekerja bapa!

Kanak-kanak sepatutnya dilindungi, bukannya dijadikan sebagai objek seks orang dewasa. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang diculik dan dirogol meninggal dunia di sebuah hospital pada petang Isnin selepas bertarung nyawa selama seminggu.

Mangsa yang diculik di kawasan perindustrian daerah Bharuch di Gujarat, India itu mengalami kecederaan dalaman yang serius akibat serangan seksual.

Mangsa dirujuk ke Hospital SSG di Vadodara selepas menjalani rawatan awal di hospital awam di Ankleshwar.

"Dia mengalami serangan jantung kira-kira pukul 2 petang, selepas itu keadaannya semakin merosot. Dia stabil selepas rawatan, tetapi kira-kira pukul 5.15 petang, dia mengalami serangan jantung sekali lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dijual bapa saudara, 15 tahun jadi pekerja seks... Terharu influencer penuhi impian nak makan sushi

"Doktor memberikan rawatan segera, tetapi dia disahkan meninggal dunia pada pukul 6.15 petang,” kata Pegawai Perubatan Residen (RMO), Hospital SSG, Dr Hitendra Chauhan.

Tambahnya, mangsa turut mengalami kegagalan organ yang menyebabkan serangan jantung.

Dalam pada itu, polis sudah menahan suspek yang berusia 36 tahun pada Selasa.

Suspek menetap bersebelahan tempat tinggal kanak-kanak itu dan bekerja di kilang yang sama dengan bapanya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain