suria

Tragedi berdarah! 10 maut termasuk dua kanak-kanak dalam insiden tembakan rambang

Tragedi berdarah yang meragut 10 nyawa. Foto Drago Matovic

SEKURANG-kurangnya 10 maut termasuk dua kanak-kanak, manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan oleh seorang lelaki bersenjata.

Kejadian berlaku pada Rabu itu susulan satu pergaduhan tercetus di sebuah bar di bandar Cetinje, Montenegro.

Ketua Polis Lazar Scepanovic berkata, polis mengenal pasti suspek iaitu seorang lelaki berusia 45 tahun, didakwa membunuh pemilik bar tersebut serta anak-anak dan ahli keluarga mangsa.

Insiden itu melibatkan serangan di empat lokasi berasingan sebelum suspek melarikan diri menggunakan kenderaan.

Menurut Scepanovic, suspek dikatakan berada di bar tersebut pada hari kejadian sebelum tercetus pertengkaran bersama pelanggan lain.

Jelasnya lagi, suspek kemudian pulang ke rumah untuk mengambil senjata dan melepaskan tembakan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Danilo Saranovice berkata, suspek kemudian bertindak menembak dirinya sendiri dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Suspek sebelum ini mempunyai rekod lampau atas kesalahan memiliki senjata secara haram.

Polis menegaskan insiden itu bukan berpunca daripada pertembungan konflik dengan kumpulan penjenayah dan menasihati penduduk supaya kekal tenang serta berada di rumah. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain