GARA-GARA tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak membakar rumah bekas kekasihnya untuk membalas dendam. Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Cikurutug, Sukabumi, Indonesia sekitar pukul 10.30 malam, Selasa lalu. Kejadian disedari oleh seorang penduduk kampung dan tindakan pantasnya mendapatkan bantuan menyebabkan api dapat dipadamkan dengan cepat. Bagaimanapun, sebahagian ruang dan perabot rumah mangsa hangus dijilat api. Ketua Sub-Seksyen Pengurusan Dokumentasi dan Maklumat Multimedia (PIDM) Polis Kota Sukabumi, Ipda Ade Ruli Bahtiarudin berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa ada menerima ugutan daripada bekas kekasihnya menerusi mesej. Takut dengan ugutan berkenaan, mangsa bersama seorang anaknya mengambil keputusan untuk menumpang rumah saudara buat sementara waktu. Ternyata tindakan tersebut menyelamatkan nyawa mangsa dan anaknya. Ade Ruli menambah, polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran rumah tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube