suria

Lelaki tembak isteri guna anak panah, syak jalin hubungan sulit dengan rakan sekerja... Mangsa maut tusukan terkena dada

Melakukan pembunuhan merupakan satu jenayah berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis kerana didakwa membunuh isterinya dengan menembak anak panah gara-gara mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit.

Kejadian dilaporkan berlaku di Keonjhar, India, pada malam Rabu, lapor Indiatoday.

Menurut polis, kejadian bermula apabila suspek dan isterinya bertengkar dan mendakwa wanita tersebut mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.

Suspek kemudian bertindak menembak anak panah ke arah mangsa, dengan sasaran tepat mengenai dadanya.

Suspek dan ahli keluarganya segera membawa mangsa ke pusat kesihatan berhampiran, namun tidak dapat diselamatkan.

"Suspek mengaku melakukan jenayah tersebut dan telah ditahan. Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain