SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa merogol adik iparnya yang merupakan kanak-kanak perempuan di bawah umur. Menurut polis di Bantul, I Nengah Jeffry, kejadian berlaku pada pagi Isnin, ketika suspek berusia 33 tahun itu berada di rumah mentuanya di Bambanglipuro, Indonesia. "Ketika itu rumah sunyi sepi. Suspek hanya bersama anaknya yang masih bayi dan mangsa. “Oleh kerana sunyi, suspek mengajak mangsa yang merupakan adik kepada isterinya untuk melakukan hubungan intim. “Namun ketika itu mangsa menolak ajakan suspek,” katanya pada Jumaat. Selepas ajakan ditolak, suspek mengugut mahu membawa lari bayinya. Tambahnya, ini kerana suspek mengetahui mangsa begitu rapat dengan anak kecilnya itu. Disebabkan tidak mahu berjauhan dengan anak saudaranya, mangsa kemudian akur dengan kemahuan suspek. Mangsa kemudian mengadu kepada ibunya, sebelum wanita itu yang juga ibu mentua suspek membuat laporan kepada pihak polis. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube