suria

Bunyi dentuman pada bumbung, wanita terkejut BF maut jatuh bangunan - “Dia selalu ceria”

Sekitar lokasi penemuan mayat seorang lelaki yang maut akibat jatuh bangunan. -Foto KhaoSod

BUNYI bising pada siling rumah menjadi petunjuk kepada sesuatu yang mengerikan.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki ditemukan mati tertiarap di atas jalan, dipercayai jatuh daripada bangunan yang berketinggian empat tingkat.

Dalam kejadian di daerah Phanom Phrai, Thailand pada 26 Januari itu, mangsa dikenali sebagai Kittiwat, 42, merupakan teman lelaki kepada wanita yang bernama Prapraisri, berusia 31 tahun.

Menurut Prapraisri, dia ketika kejadian ada mendengar bunyi dentuman di atas bumbung rumahnya di tingkat satu, dia pada mulanya tidak mengambil pusing dengan apa yang didengarinya dan meneruskan urusan seperti biasa.

Kemudian jiran tetangga memanggilnya di rumah memaklumkan bahawa teman lelakinya terjatuh dan sudah meninggal dunia.

Prapraisri tergamam apabila melihat jasad teman lelakinya terkulai tidak bernyawa di atas jalan raya.

"Pasangan saya ada menghidap masalah jantung, dia bekerja syif malam dari pukul 6 petang hingga 6 pagi.

"Dia selalunya ceria dan tidak pernah berbincang dengan saya mengenai sebarang masalah, saya tak pasti apa sebenarnya yang berlaku," kata Prapraisri.

Dalam pada itu, jurucakap polis, Kolonel Waranchai Sukying berkata, mayat mangsa diserahkan ke hospital untuk proses bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain