suria

Luluh hati ibu tengok laporan perubatan, anak jadi pemuas nafsu orang dikenali! Kemaluan, mulut cedera parah

Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak (PPPA), Arifah Choiri Fauzi (kiri) bertemu dengan mangsa dan keluarga pada Ahad. -Foto Instagram @arksba

HATI ibu mana yang tidak luluh apabila anak kecilnya menjadi mangsa kerakusan nafsu individu yang agak rapat dengan keluarga.

Namun itulah insiden malang yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ini, sehingga kisahnya meraih perhatian kerajaan selepas tular di media sosial.

Terdahulu, ibu mangsa tampil membuat pendedahan di laman Instagram mendakwa anak kecilnya dicabul oleh jiran yang juga merupakan pemilik rumah sewa yang didiami mereka sekeluarga.

Menurutnya, sejak menyewa dua tahun lalu, dia tidak menyedari perbuatan terkutuk individu tersebut sehinggalah pada awal Oktober tahun lalu, anaknya mengadu sakit pada bahagian kemaluan.

Selain itu dakwanya, anak perempuannya itu pernah berkelakuan aneh seperti mengusik kemaluan adik sendiri, sebelum meyebut nama 'Pakde' ketika ditanya berulang kali.

'Pakde' adalah nama panggilan kepada jiran yang juga pemilik rumah sewa mereka yang terletak di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia.

Curiga dengan apa yang terjadi, wanita tersebut membawa anak perempuannya menjalani pemeriksaan perubatan.

Hasil pemeriksaan di Hospital Bhayangkara dan Hospital Kanujoso, laporan perubatan menunjukkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kemaluan, rongga mulut serta selaput dara, dan kemudiannya menjadi asas untuk melaporkan kepada polis.

Media tempatan pada 17 Januari lalu melaporkan, polis sudah memanggil lapan saksi dan menjalankan lima penilaian psikologi, namun masih berdepan halangan berikutan maklumat terhad daripada mangsa yang masih kecil.

Memetik laporan tersebut, polis mengatakan tiada bukti yang kukuh untuk mendakwa suspek walaupun hasil bedah siasat dan pengakuan video mangsa telah dikemukakan.

Pada Ahad (26 Januari), Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak (PPPA), Arifah Choiri Fauzi memberi jaminan kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan mangsa mendapat keadilan.

Artikel Lain