suria

Bertengkar dengan kakak, wanita campak bayi sendiri dari tingkat atas rumah

Ibu bapa seharusnya menjadi pelindung kepada anak-anak mereka. -Gambar hiasan

GARA-GARA bergaduh dengan kakak, seorang wanita berusia 27 tahun didakwa mencampak bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan dari tingkat atas rumah.

Menurut polis, kejadian yang berlaku pada pagi Sabtu lalu bermula apabila wanita berkenaan bertengkar dengan kakaknya, sebelum dia bertindak mencampak bayinya dari tingkat dua rumah ibu mereka, lapor Indiatoday.

Difahamkan, suspek dan kakaknya tinggal sebumbung di rumah ibu mereka yang terletak di kawasan Krishna Nagar, Delhi, India.

Polis berkata, bayi itu dikejarkan ke hospital daerah, namun disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Susulan itu, polis menahan suspek untuk membantu siasatan.

Artikel Lain