suria

Lelaki jadi hero... Pantas berlari, sambut budak 2 tahun terjatuh dari tingkat 13

Detik mencemaskan ketika seorang lelaki menyelamatkan seorang budak yang terjatuh dari flat, tular di laman sosial. -Foto X/@sirajnoorani

TINDAKAN pantas dan berani seorang lelaki berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan kediaman.

Memetik laporan NDTV, ketika kejadian, kanak-kanak tersebut sedang bermain di balkoni kediaman keluarganya tingkat 13 sebelum tergelincir dan tergantung seketika di tepi balkoni.

"Selepas beberapa saat tergantung, dia akhirnya jatuh ke bawah," demikian menurut saksi.

Seorang lelaki yang kebetulan melalui bangunan kediaman yang terletak di Dombivli, Thane, India itu segera berlari dan cuba menyambut kanak-kanak berkenaan.

Meskipun gagal menyambut kanak-kanak tersebut sepenuhnya, tindakan lelaki berkenaan berjaya mengurangkan impak hentakan pada tubuh mangsa.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.

Video aksi berani lelaki itu tular di media sosial dan mendapat pujian meluas daripada netizen yang menggelarnya sebagai wira.

Artikel Lain