SIAPA sangka, niat untuk bergurau akhirnya bertukar menjadi tragedi.
Demikian insiden tragis yang menimpa seorang lelaki yang maut selepas sepupunya menjolok paip pemampat udara ke bahagian kemaluan dengan niat untuk bergurau.
Menurut polis, ketika kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, mangsa pada mulanya melawat ahli keluarganya yang bekerja di syarikat barangan logam di Kadi, Gujarat, India.
Ketika sedang bersantai, sepupu mangsa menjolok paip pemampat ke bahagian sulit dengan niat untuk bergurau.
Tindakan tersebut menyebabkan tubuh mangsa dipenuhi udara, menyebabkan dia muntah dan pengsan.
Mangsa dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia di Hospital Awam Ahmedabad.
Polis memulakan siasatan selepas menerima laporan yang dibuat salah seorang ahli keluarga mangsa.