suria

Remaja perempuan hilang 4 hari akhirnya ditemui di rumah teman lelaki, mengakui diperkosa kekasih

Masalah keluarga menjadi salah satu punca seseorang bertindak melarikan diri dari rumah. -Gambar hiasan

TANDA tanya mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun akhirnya terjawab selepas dia ditemui di rumah teman lelakinya.

Menurut polis, keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangannya, apabila dia tidak pulang ke rumah seperti biasa selepas ke sekolah pada Selasa minggu lalu (21 Januari).

Empat hari tanpa khabar berita, mangsa akhirnya berjaya ditemui polis yang giat melakukan pencarian.

Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Daerah Pesanggaran, Banyuwangi, Jawa Timur, ditemui di rumah teman lelaki

Ketua Polis Pesanggaran AKP Lita Kurniawan berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bertindak sedemikian kerana mempunyai masalah keluarga.

"Selama empat hari di rumah teman lelaki, dia turut dirogol. Polis telah menahan pelaku yang juga teman lelaki mangsa," tambah Lita.

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia