suria

Terseksa jadi mangsa dera suami, wanita nekad gantung diri... Sempat hubungi ibu sebelum ambil nyawa sendiri

Tekanan menjadi antara faktor seseorang membunuh diri. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 24 tahun didakwa membunuh diri gara-gara tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Apa yang lebih tragis, mangsa sebelum itu dikatakan membuat panggilan video kepada ibu bapanya bagi meluahkan penderitaan yang dialami.

Menurut polis, mangsa menghubungi ibunya pada pukul 10.45 pagi, 24 Januari lalu dan kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, wanita itu didakwa menggantung diri menggunakan kipas siling di rumahnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Nagpur, Maharashtra, India.

Difahamkan, mangsa mendirikan rumah tangga pada 7 Jun tahun lalu.

Dalam tempoh awal perkahwinan, mangsa menjadi mangsa penderaan suaminya malah dia turut disekat berkomunikasi dengan ibu bapanya, kata seorang pegawai dari Balai Polis Lakadganj.

Polis telah menahan dan mendakwa suami mangsa yang berusia 32 tahun atas tuduhan bersubahat dalam kes membunuh diri.

Artikel Lain