SEKUMPULAN kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak dikejutkan dengan penemuan sekujur mayat yang terapung tanpa kepala dalam terusan.
Memetik laporan media tempatan, ketika kejadian pada petang Selasa lalu, kumpulan kanak-kanak berkenaan sedang bermain berhampiran tapak pembinaan empangan sungai apabila bola milik mereka tercampak ke tebing terusan.
Ketika mahu mengambil bola, mereka ternampak objek mencurigakan yang terapung dalam terusan.
Didorong rasa ingin tahu, mereka menggunakan sebatang kayu dan menguis objek tersebut.
Mereka terkejut apabila mendapati objek berkenaan merupakan mayat dan lebih mengerikan, tidak mempunyai kepala.
Penemuan mengejutkan di terusan di Samut Sakhon, sebuah bandar yang terletak kira-kira 48 kilometer dari Bangkok, kemudian dilaporkan kepada pihak polis.
Menurut media tempatan, mayat tanpa kepala dan tangan itu sudah reput sehingga pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti jantinanya.
Mayat tersebut kemudian dihantar ke Hospital Siriraj untuk bedah siasat. -Agensi