suria

Wanita cedera dibelasah bekas suami kerana enggan rujuk

Seorang wanita dipukul oleh bekas suaminya kerana enggan rujuk. -Gambar hiasan

SEORANG wanita cedera dibelasah bekas suaminya gara-gara enggan rujuk kembali.

Akibat didera, mangsa berusia 39 tahun mengalami lebam teruk.

Kejadian berlaku di Lembah Masurai, Merangin, Jambi di Indonesia.

Ketua Polis Daerah Lembah Masurai, Iptu Amrullah berkata, mangsa memaklumkan suspek berusia 53 tahun mencederakannya kerana enggan berbaik semula dengannya.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di muka, lengan kanan, paha dan belakang badan serta patah kuku.

"Mangsa kemudian melaporkan kejadian itu ke Balai Polis Lembah Masurai," katanya kepada pemberita, pada Isnin.

Menurut Amrullah, selepas menerima laporan daripada mangsa, Unit Siasatan Jenayah Polis Lembah Masurai segera menahan suspek bagi membantu siasatan.

"Suspek didakwa dengan Perkara 351 Kanun Jenayah dan/atau Perkara 335 Kanun Jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun," katanya. -Agensi

Artikel Lain