suria

Akibat puntung rokok, OKU terlantar atas katil maut dalam kebakaran

Seorang lelaki OKU maut dalam kebakaran di bilik sewa. Foto KhaoSod

SEORANG lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terlantar di katil maut dalam kebakaran disyaki berpunca daripada puntung rokoknya sendiri.

Kejadian pada malam Rabu itu disedari abang mangsa selepas pulang dari kerja dan mendapati asap tebal dari bilik yang disewa bersama mangsa.

Selepas api dipadamkan bomba, mayat mangsa berusia 47 tahun ditemukan di atas katil dengan kesan melecur yang teruk dan dikelilingi lampin dewasa yang hangus.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Ramathibodi Chakri Naruebodindra untuk bedah siasat.

Kejadian berlaku di di Samut Prakan, Thailand.

Keadaan bilik selepas terbakar. - Gambar KhaoSod

Keadaan bilik selepas terbakar. Foto KhaoSod

Abang mangsa memaklumkan, mereka tinggal di bilik sewa itu sejak adiknya itu hilang upaya 10 tahun lalu akibat kemalangan.

Dia bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara adiknya dari segi kewangan.

Pada hari kejadian, dia pulang ke rumah untuk mendapati asap keluar dari bilik itu, sebelum segera membuka pintu dan mendapati katil itu terbakar.

Dia mengesyaki kebakaran berpunca daripada puntung rokok adiknya, yang mungkin terjatuh ke atas katil semasa dia sedang tidur.

Walaupun diberi amaran, adiknya memang dikenali sebagai seorang perokok tegar.-Agensi

Artikel Lain