suria

Penduduk gempar jumpa mayat wanita bogel, ada kesan jerut di leher

Penemuan mayat seorang wanita di sebuah bilik sewa. Foto iNews

PENDUDUK digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita di bilik sewa, dipercayai dibunuh.

Mangsa ditemukan dalam keadaan baring dan bogel, hanya ditutupi oleh selimut.

Hasil siasatan polis mendapati suspek merupakan kenalan lelaki mangsa yang mahu mengambil barang-barang milik mangsa.

Kejadian berlaku di Desa Ssebabi, Kecamatan Telawang, Kabupaten Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah di Indonesia.

Kematian tragis mangsa pertama kali disedari oleh penghuni rumah sewa lain yang terkejut melihat lampu bilik mangsa masih belum dinyalakan walaupun sudah malam dan pintunya tidak berkunci.

Mereka kemudian memasuki bilik mangsa untuk melakukan pemeriksan. Apabila lampu bilik dibuka, mangsa dilihat berada di atas katilnya.

Sebaik selimut dibuka, mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan luka seperti jerut di lehernya.

Penghuni rumah sewa kemudian segera membuat laporan polis mengenai penemuan mayat mangsa.

Susulan itu, suspek sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

"Mangsa dibunuh dengan cara menjerut lehernya menggunakan senjata double stick yang dibuat oleh pelaku. Selepas membunuh mangsa, pelaku melarikan diri dan mengambil tiga telefon bimbit kepunyaan mangsa," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kotawaringin Timur, Komisioner Tri Wibowo, pada Khamis.

Menurut Tri Wibowo, pelaku dan mangsa mengenali antara satu sama lain.

"Mereka juga keluar dating beberapa kali. Kali terakhir mereka keluar bersama adalah pada hari kejadian.

"Difahamkan, pelaku mahu mengambil barang-barang milik mangsa kerana mempunyai hutang," katanya.

Suspek bakal didakwa kerana membunuh dan melakukan kekerasan. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara maksimum 20 tahun. -Agensi

Artikel Lain