suria

Bisnes tak laku, penjual sate bakar bapa! Syak guna guna ilmu hitam, baca jampi di gerai

Hanya kerana perniagaan sate tak laku, anak sanggup bakar bapa. -Gambar hiasan

SEORANG penjual sate membakar bapanya yang dianggap menggunakan ilmu hitam sehingga perniagaannya tidak laku.

Sebelum membakar mangsa yang berusia 49 tahun, suspek yang berumur 25 tahun menyimbah bapanya dengan petrol supaya mudah terbakar.

Menurut polis, kejadian berlaku di rumah mangsa pada Rabu, ketika si bapa menawarkan diri menghantar anaknya ke gerai sate.

"Suspek berkata ayah dan ibunya berpura-pura baik terhadap dirinya sedangkan ayahnya sudah menjampi supaya jualan satenya tidak laku," kata Ketua Polis Daerah Pelabuhan Belawan, Janton Silaban.

Kejadian berlaku di Kota Medan di Sumatera Utara, Indonesia.

M Alfian ditahan polis pada Jumaat. - Gambar detik.com

M Alfian ditahan polis pada Jumaat. -Foto detik.com

Polis memaklumkan suspek dikenali sebagai M Alfian, manakala bapanya bernama Aswar.

Suspek kemudian mengunci pintu dan mengambil petrol sebelum menyimbah dan membakar bapa sendiri.

"Api terus mengenai badan mangsa. Akibat kejadian itu, badan mangsa melecur di selurhuh badannya," kata polis.

Mangsa kemudian membuat laporan pada Jumaat sebelum polis segera menangkap suspek.

"Bagaimanapun, ketika hendak dibawa ke balai polis, dia melawan dan polis terpaksa menembaknya di kaki," kata Janton Silaban.

Ketika soal siasat suspek mengaku menyimbah bapanya dengan petrol dan berbuat demikian kerana emosi. -Agensi

Artikel Lain