suria

Lelaki meraung... Isteri hilang ditemukan mati dalam kereta bersama kekasih gelap

Seorang lelaki tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat mayat isterinya di dalam kereta bersama individu dipercayai kekasih wanita itu. -Foto Thairath

SEORANG lelaki tidak dapat menahan tangisan apabila melihat jasad isterinya yang ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta bersama individu dipercayai kekasih gelapnya.

Menurut polis, mayat kedua-dua mangsa yang dikenal pasti sebagai Natticha, 26, dan Chatchai Hongcharoen, 33, ditemukan dalam kereta yang diparkir di tepi jalan oleh seorang pejalan kaki pada Isnin.

Saksi yang curiga apabila melihat kesan tembakan pada cermin kenderaan tersebut, bertindak menghubungi polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Chachoengsao, Thailand.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi penemuan dua mayat berkenaan. -Foto ThaiRath

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi penemuan dua mayat berkenaan. -Foto ThaiRath

Berdasarkan siasatan polis, kedua-dua mangsa yang duduk di tempat pemandu dan penumpang, masing-masing mempunyai kesan tembakan pada bahagian pelipis kanan.

Difahamkan, Natticha dilaporkan hilang pada 16 Februari dan suaminya membuat laporan polis selepas gagal mengesan mangsa.

Dalam satu video yang dikongsi saluran berita tempatan, suami Natticha yang turut berada di lokasi kejadian kelihatan tidak dapat menahan tangisan dan ditenteramkan oleh rakannya. 

Polis berkata pihaknya mengesyaki motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-duanya mengenai hubungan terlarang mereka yang kemudian berakhir dengan pembunuhan. 

Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan motif sebenar kejadian tersebut. -Agensi

Artikel Lain