SEBUAH pesawat terhempas, digambarkan dalam keadaan terbalik ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang.
Insiden tersebut melibatkan pesawat Delta Air Lines yang melakukan penerbangan dalam keadaan bersalji.
Pesawat berkenaan terbalik apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, Kanada, mencederakan sekurang -kurangnya lapan orang, kata polis.
"Toronto Pearson menyedari kejadian ketika mendarat yang melibatkan pesawat Delta Airlines yang tiba dari Minneapolis. Pasukan kecemasan bertindak balas," menurut jurucakap di lapangan terbang.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan, semua 80 orang yang menaiki pesawat itu sudah dipindahkan, lapor CBS News.
Menurut FAA, siasatan itu akan diketuai oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada.
Polis Daerah Peel mengesahkan kehadiran mereka di tempat kejadian di Lapangan Terbang Pearson, kemudian mengumumkan bahawa semua penumpang telah dipindahkan dan selamat. -Agensi