suria

Aksi wanita bersalin jadi ‘duit’, 3 lelaki jual rakaman CCTV dewan bedah!

Video wanita di wad bersalin menjadi sasaran penggodam. -Gambar hiasan

TIGA lelaki ditahan polis kerana didakwa memperoleh video yang digodam daripada sebuah hospital dan menjual klip tersebut di YouTube dan Telegram pada Rabu.

Menurut polis, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang digodam itu adalah hasil bantuan penggodam antarabangsa.

Dalam video berkenaan, ia memaparkan pesakit wanita yang sedang diperiksa di dalam wad bersalin oleh doktor wanita.

Polis kemudian mengesahkan bahawa video-video itu adalah sebahagian daripada rakaman CCTV di sebuah hospital di Rajkot, India.

Beberapa penggodam memecah sistem CCTV hospital dan kemudiannya dikongsi oleh tiga saluran YouTube dengan keterangan yang mengandungi pautan ke kumpulan Telegram.

Dalam kumpulan Telegram itu, mereka meminta bayaran sebanyak Rs 2,000 (RM112) bagi setiap video, kata polis.

Pegawai polis siber kemudiannya mengenal pasti dan menangkap tiga individu iaitu Prajwal Taily, Praj Patil dan Chandra Prakash.

Penggodam-penggodam tersebut juga telah menyediakan video serupa dari hospital-hospital di negeri lain serta rakaman CCTV dari pelbagai tempat awam. -Agensi

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia