suria

Wanita hamil maut ditikam kekasih 25 kali selepas enggan gugur kandungan

Suspek (baju biru) ditahan untuk siasatan lanjut. Foto Okezone/Agi

SEORANG pekerja salon berusia 27 tahun maut dipercayai dibunuh oleh teman lelaki di bilik sewanya.

Mangsa wanita itu ditemukan meninggal dunia ketika sedang hamil empat bulan.

Kejadian berlaku di Kampung Cilisung Kulon, Desa Sulamenak, Kecamatan Margahayu, Kabupaten Bandung, Indonesia pada Sabtu lalu.

“Selain luka tikaman dan hasil bedah siasat, janin berusia empat bulan juga ditemukan dan sudah meninggal dunia,” kata Ketua Polis Bandung, Senior Komisioner Aldi Subarono pada Rabu.

Berdasarkan hasil pemeriksaan, jelas Aldi, suspek didakwa membunuh mangsa dengan kejam kerana tidak mahu menggugurkan kandungannya yang berusia empat bulan.

Menurutnya, suspek dan mangsa menjalinkan hubungan selama kira-kira dua tahun.

Tambah Aldi, mangsa mengalami 25 tikaman termasuk kecederaan di leher, belakang badan dan lengan.

"Pelaku melakukan pembunuhan itu dalam keadaan sedar dan tidak di bawah pengaruh alkohol. Kita mendakwanya kerana membunuh," katanya.

Dalam pada itu, kata Adil, salah seorang saksi memaklumkan bahawa suspek didakwa mendera mangsa.

Kes tersebut masih dalam siasatan. -Agensi

 

 

Artikel Lain