SEORANG wanita menderita sejak Disember lalu selepas dia menjalani pembedahan lesung pipit di sebuah klinik kecantikan.
Mangsa yang dikenali sebagai Laila, 41, menjalani prosedur itu di sebuah premis di daerah Prawet, Bangkok, Thailand.
Imbas mangsa, dia tertarik dengan harga murah bagi pembedahan lesung pipit yang berharga 2,300 baht (RM302.68).
Selepas terpengaruh dengan iklan di TikTok, dia menghubungi klinik itu dan menjalani satu prosedur pada 3 Disember.
Prosedur pada pipi kiri Laila berjalan lancar, namun dia mengalami kesakitan dan pendarahan teruk ketika pembedahan di pipi kanannya.
Doktor tidak memberikan sebarang arahan penjagaan selepas pembedahan atau memaklumkan kemungkinan risiko yang boleh berlaku, malah membiarkannya pulang begitu sahaja.
Akibatnya, luka pada pipi Laila terus berdarah selama hampir dua bulan.
Keadaan itu menyebabkan Laila mendapatkan bantuan daripada pertubuhan Be One.
Pada 14 Februari, ketika menunggu tindakan lanjut, dia tiba-tiba tidak sedarkan diri akibat kehilangan darah yang teruk.
Pertubuhan tersebut segera mengatur perkhidmatan perubatan kecemasan untuk membawanya ke Hospital Pranangklao di wilayah Nonthaburi, yang mana dia menjalani pembedahan segera bagi menghentikan pendarahan.
Penolong Menteri Kesihatan Awam, Thanakit, memberitahu media pemilik klinik tersebut, seorang doktor wanita, akan dipanggil untuk siasatan dalam masa terdekat. - Agensi.