SEORANG gadis berusia 16 tahun meninggal dunia pada Ahad selepas melahirkan bayinya.
Namun apa yang menyedihkan, gadis itu hamil kerana dia dirogol oleh seorang lelaki yang juga kenalan keluarganya.
Mangsa merupakan pelajar di sebuah sekolah tempatan di wilayah Palamaneru, Andhra Pradesh, India.
Polis kini melancarkan siasatan dan sedang memburu pelaku yang masih bebas.
Kes itu didaftarkan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (Pocso), undang-undang yang melindungi kanak-kanak daripada penderaan sedemikian. - Agensi.