SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa mengembara sejauh lebih 1,100 kilometer (km) untuk membakar rumah lelaki lain kerana cemburu.
Suspek dikatakan melakukan perbuatan demikian kerana salah seorang mangsa berbual dengan bekas kekasih secara dalam talian.
Kebakaran berlaku pada kira-kira 5 pagi pada 10 Februari lalu di Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Bercakap kepada ABC News, Jabatan Polis Bensalem berkata, khidmat kecemasan memindahkan enam penduduk dari rumah berkenaan.
Malah katanya, sebahagian daripada mangsa terpaksa terjun dari tingkap di tingkat dua bagi menyelamatkan diri.
"Rumah dua tingkat itu musnah dalam kebakaran. Dua ekor anjing maut dalam kebakaran itu, manakala enam mangsa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan," katanya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah jiran menunjukkan seorang lelaki memasuki kawasan itu dengan membawa objek, dan kelihatan kepulan asap dari rumah sebelum berlaku letupan besar.
"Bekas teman lelaki wanita itu dari Michigan itu dikenal pasti sebagai Harrison dari Rockford, Michigan, yang tinggal di alamat sama dengan pemilik Volkswagen Passat," katanya.
Suspek ditahan di rumahnya dan Volkswagen juga ditemukan, dan tanganya kelihatan seperti melecur.
Jones didakwa terhadap enam pertuduhan jenayah iaitu cubaan membunuh dan membakar.
Siasatan kebakaran masih diteruskan. -Agensi