suria

Umpan guna coklat sebelum rogol! Kanak-kanak 8 tahun alami pendarahan alat sulit diperkosa 2 lelaki

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Begitulah gambarannya mengenai tindakan jijik dua lelaki yang merogol seorang kanak-kanak perempuan pada Khamis.

Menurut laporan, mangsa yang berusia lapan tahun sedang bermain di luar rumahnya sebelum dia dihampiri dua lelaki tersebut.

Mangsa 'diumpan' dengan coklat oleh dua pelaku sebelum dia dibawa ke sebuah kawasan terpencil untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penebar roti canai rogol pelajar OKU atas sofa dapur

Bagaimanapun dua lelaki itu melarikan diri selepas mangsa menjerit kesakitan akibat pendarahan pada alat sulitnya.

Kes itu berlaku di kampung Fasalwadi yang terletak di pinggir bandar Sangareddy, Telangana, India.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kerajaan Sangareddy untuk rawatan. 

Polis juga sudah memfailkan kes dan sedang menyiasat kejadian berkenaan. - Agensi.

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia