suria

Misteri kematian lelaki berkelakuan aneh dekat lapangan terbang terjawab... Telan, sorok dadah di seluar dalam

Seorang lelaki yang sepatutnya menaiki pesawat disahkan meninggal dunia. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki maut di sebuah lapangan terbang selepas menelan dadah jenis kokain yang disembunyikan di dalam seluar dalamnya.

Dia sepatutnya menaiki penerbangan dari salah satu terminal sebelum ditahan oleh pegawai Pasukan Sempadan, awal minggu ini.

Dilaporkan, dia ditahan atas dakwaan kesalahan dadah tetapi kemudian 'menjadi tidak sihat' dan rebah tidak lama kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar insiden di lapangan terbang, lelaki meninggal dunia selepas berkelakuan aneh

Orang dalam memberitahu bahawa dia berkelakuan aneh selepas dadah berkenaan ditemukan dalam seluarnya.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Manchester, United Kingdom, pada Rabu.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 27 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dilihat 'berkelakuan aneh' di lapangan terbang.

Susulan itu, badan pemerhati polis, Suruhanjaya Aduan Polis Bebas (IOPC), sedang menyiasat kematian lelaki itu susulan penahanannya.

IOPC sebelum ini menyatakan: "Pejabat Bebas untuk Kendalian Polis (IOPC) sedang menyiasat keadaan kematian seorang lelaki berusia 27 tahun berikutan penahanannya oleh pegawai Pasukan Sempadan di Lapangan Terbang Manchester Rabu 19 Februari.

"Siasatan kami berikutan rujukan dari Pejabat Dalam Negeri yang memperincikan bagaimana lelaki itu akan pergi dari lapangan terbang pada Rabu dan ditahan selepas menunjukkan kelakuan aneh.

"Dia yang ditahan oleh pegawai dibawa ke tempat tahanan. Dia kemudian  tidak sihat dan paramedik dipanggil. Malangnya, dia disahkan meninggal dunia pada 1.53 tengah hari," katanya. -Agensi

Artikel Lain