suria

Bapa, anak berusia 9 tahun meninggal dunia selepas minum air bercampur racun rumpai

Bedah siasat lazimnya dilakukan untuk menentukan punca kematian. -Gambar hiasan

DUA beranak maut selepas meminum air yang dipercayai telah dicampur dengan racun rumpai, dalam kejadian pada petang Jumaat lalu.

Menurut polis, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 45 tahun dan sembilan tahun itu meminum air daripada botol yang berada di atas  meja di rumah mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kampung Sambonganyar, Blora, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Daerah Ngawen, AKP Lilik Eko Sukaryono, ketika kejadian yang berlaku sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan), mangsa yang berusia sembilan tahun sempat berlari ke jalan besar sambal melambai tangan bagi meminta bantuan. 

Tidak lama kemudian, beberapa penduduk kampung datang ke rumah mangsa dan mendapati bapanya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

"Selepas 20 minit, keadaan mangsa kedua (anak) juga semakin lemah dan tidak berdaya," ujar Lilik.

Kedua-dua mangsa segera dibawa ke pusat kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan, namun malangnya, nyawa mereka tidak dapat diselamatkan.

Kes masih dalam siasatan pihak polis. -Agensi

Artikel Lain