suria

Selalu tak sihat, pelajar perempuan rupanya hamil 7 bulan... Teman lelaki ditahan bantu siasatan

Kes remaja terlanjur sehingga hamil perlu diberi perhatian serius agar masalah sosial dapat dibendung. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar perempuan tidak menyedari dirinya berbadan dua sehinggalah dia menjalani ujian kehamilan yang mengesahkannya hamil tujuh bulan. 

Segala-galanya terbongkar apabila perubahan fizikal pelajar tersebut disedari oleh gurunya, lantas memaklumkan kepada ibu bapa mangsa.

Mangsa kemudian mengaku menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya yang juga bekas pekerja di kedai makan milik ibu bapanya.

Iba bapa mangsa bertindak membuat laporan polis yang akhirnya membawa kepada penahanan teman lelaki mangsa yang berusia 20 tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bangka Belitung.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bangka, AKP Ogan Arif Teguh Imani mengesahkan bahawa teman lelaki mangsa telah ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. 

Ujarnya, suspek ditahan atas tuduhan melakukan perbuatan yang tidak bermoral terhadap gadis bawah umur. -Agensi

Artikel Lain