SEORANG isteri maut ditembak di bahagian kepala oleh suaminya, manakala kekasih wanita itu turut cedera ditembak di bahu pada Isnin.
Kejadian itu berlaku berhampiran dewan peperiksaan yang dihadiri anak perempuan tunggal pasangan berkenaan.
Pada hari kejadian, wanita berusia 35 tahun membawa anaknya berusia 15 tahun untuk mengambil peperiksaan dengan ditemani kekasihnya.
Suami wanita itu pula datang bersama abangnya dan dua lelaki lain yang kemudiannya melepaskan tembakan yang mengenai kedua-dua mangsa.
Polis bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital dengan wanita itu disahkan meninggal dunia.
Kekasihnya pula cedera parah dan dirujuk ke pakar dalam kejadian di Aurangabad, India.
Suspek dikenali sebagai Naresh, manakala isterinya Savitri dan kekasihnya, Sarjeet Singh.
Penguasa kanan polis (Bulandshahr) Shlok Kumar berkata pasangan itu tinggal berasingan sejak setahun lalu dan motif kejadian masih dalam siasatan.
"Satu pasukan khas telah dibentuk untuk menahan tertuduh yang melarikan diri," katanya.-Agensi