TINDAKAN seorang lelaki menyembuyikan dadah jenis kokain di dalam rambut palsu membawa padah, apabila dia ditahan di lapangan terbang pada Khamis lepas.
Lelaki berusia 40 tahun itu cuba menyeludup dadah berkenaan ke Belanda tetapi helahnya itu terbongkar ketika melalui pengimbas pemeriksaan.
Pengimbas di Lapangan Terbang Cartagena di Colombia berbunyi berulang kali, sebelum pemeriksaan lanjut dibuat.
Pihak berkuasa mematahkan cubaan menyeludup dadah ke Belanda. -Foto Police Colombia
Pihak imigresen melakukan pemeriksaan berulang kali terhadap lelaki itu dan mula curiga pada bahagian rambutnya.
Selepas ditarik didapati ia adalah rambut palsu dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk memakainya.
Namun, di bahagian dalam rambut palsu itu terdapat 19 peket dadah jenis kokain bernilai £8,000 (RM43,200).
Brigedier Jeneral Gelver Yecid Peña Araque berkata lelaki itu kini didakwa atas kesalahan penyeludupan, pembuatan dan membawa dadah.-Agensi