suria

Gara-gara terlupa kunci pintu bilik mandi, wanita nyaris dirogol lelaki berseluar dalam

Seorang suspek lelaki berseluar dalam berjaya ditahan. Foto Foto FB Jiraporn Penpat

SEORANG wanita nyaris dirogol selepas terlupa mengunci pintu bilik air ketika mandi di rumahnya.

Kejadian berlaku selepas seorang lelaki mabuk memecah masuk ke kediamannya.

Mangsa memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam Jumaat, 22 Februari lalu.

Menurutnya, rumahnya terletak berdekatan dengan sungai, manakala bilik airnya berada di luar rumah.

Katanya, suspek dapat memasuki rumahnya dengan mudah melalui jambatan pejalan kaki di sepanjang sungai.

Insiden tersebut berlaku di Nong Chok, Bangkok, Thailand.

Mangsa memberitahu, dia mandi tanpa mengunci pintu bilik air, kerana menganggap dia selamat di rumahnya sendiri.

Ketika mandi, dia menyedari pintu bilik air terbuka sebelum menutupnya semula.

Namun, pintu itu kemudian ditolak dengan kuat, dan muncul seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di hadapannya.

Lelaki berkenaan hanya memakai seluar dalam dan berbaju kemeja-T, dan menolak mangsa ke dalam bilik air dan menutup mulutnya dengan tangannya.

Mangsa bagaimanapun dapat menolak suspek dan berlari keluar dari bilik mandi, serta menjerit, sebelum suspek melarikan diri dari tempat kejadian.

Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit yang ditinggalkan suspek, polis kemudian berjaya menahan lelaki berkenaan.

Susulan kejadian itu, mangsa memaklumkan dia akan mengubah suai rumahnya untuk menjadikannya kediamannya lebih selamat daripada mudah dicerobohi. -Agensi

Artikel Lain