SEORANG lelaki lelaki kerana didakwa merogol seorang wanita berusia 26 tahun di dalam sebuah bas.
Kejadian berlaku pada awal pagi Selasa lalu, ketika mangsa sedang menunggu bas.
Mangsa dirogol di sebuah stesen bas, yang terletak kira-kira 100 meter dari balai polis.
Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku di sebuah stesen bas di Swargate di Pune, India, ketika mangsa hendak pulang ke kampung halaman di Satara.
Penahanan suspek yang berusia 37 tahun itu dibuat pada Jumaat.
Ketika menunggu bas, suspek mendekati mangsa dan mengajaknya ke sebuah bas kosong yang diletakkan di stesen bas berkenaan.
Pada mulanya mangsa menolak ajakan tersebut, tetapi lelaki itu meyakinkan dia bahawa bas tersebut yang patut dinaikinya.
Mangsa dirogol sebaik menaiki bas berkenaan dan suspek kemudian melarikan diri.
Menurut sumber kepada NDTV, suspek juga didakwa pernah menyamar sebagai anggota polis selama beberapa bulan.
Suspek mempunyai rekod jenayah lampau seperti kecurian dan rompakan. -Agensi