suria

Lelaki rogol 299 mangsa, isteri tak lapor polis sebab gaji suami lumayan

299 individu menjadi mangsa rogol kepada doktor bedah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita sanggup 'pejam mata' dan mendiamkan diri terhadap tindakan kejam bekas suaminya, seorang pedofilia, gara-gara 'sayangkan' gaji tinggi lelaki itu.

Bekas suaminya yang berusia 74 tahun dituduh merogol dan melakukan serangan seksual terhadap 299 mangsa antara 1989 hingga 2014.

Tempoh jenayah tersebut adalah ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Kebanyakan mangsa berusia 15 tahun dengan paling muda berusia setahun dan paling tua 70 tahun.

Isterinya yang diceraikan pada 2023 digambarkan sebagai rakan sejenayah kerana hanya mendiamkan diri.

Marie-France Le Scouarnec mendiamkan diri jenayah yang dilakukan bekas suaminya, Joël Le Scouarnec (gambar kecil).-Foto GettyMarie-France Le Scouarnec mendiamkan diri jenayah yang dilakukan bekas suaminya, Joël Le Scouarnec (gambar kecil).  -Foto Getty

Kejadian berlaku di Perancis dengan suspek dikenali sebagai Joël Le Scouarnec, dan bekas isterinya pula, Marie-France Le Scouarnec.

Mahkamah Jenayah Morbihan di Vannes memaklumkan tertuduh yang bekerja sebagai pakar bedah melakukan jenayah kejinya di 10 hospital dan pusat kesihatan di Perancis.

Le Scouarnec, ibu kepada tiga anak lelaki mereka menafikan mengetahui apa yang dilakukan bekas suaminya.

Tetapi Patrick Le Scouarnec, adik tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia berbohong.

"Dia menyedari tindakan suaminya dan dia tidak melakukan apa-apa.

"Saya tertanya-tanya sama ada dia mencintai suaminya kerana wang atau kerana cinta.

"Sejujurnya, saya fikir ia kebanyakannya untuk gajinya," katanya.

Gaji Le Scouarnec pada ketika itu sekitar 10,000 euro (sekitar RM46,585). -Agensi

Artikel Lain