suria

Lelaki kantoi hasilkan 16 video seks dengan sotong, beberapa haiwan lain

Tertuduh mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dikenakan perintah khidmat masyarakat selepas didapati memiliki 16 gambar dan video aksi seksual dengan beberapa jenis haiwan.

Rakaman lucah yang dihasilkannya menampilkan haiwan seperti sotong, ular, belut, ikan, kuda, anjing dan babi.

James Dean, 41, dari Belle Orchard Close di Ledbury, dijatuhkan hukuman perintah khidmat masyarakat selama 24 bulan termasuk enam bulan rawatan alkohol.

Dia menerima hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan, yang mana tiga daripadanya berkaitan dengan pornografi ekstrem.  

Dia turut dikenakan Perintah Pencegahan Seksual Bahaya yang berkuat kuasa sehingga 2030.  

Perintah itu melarangnya daripada menggunakan, memiliki atau mengawal sebarang peranti yang boleh mengakses internet atau menghantar maklumat digital melalui aplikasi boleh dimuat turun melainkan dia menyimpan sejarah internetnya dan memaklumkan kepada polis. 

Dia juga mesti menunjukkan sejarah penggunaan internet tersebut kepada polis jika diminta.  -Agensi

Artikel Lain