suria

Wanita kena cekup selepas pecah masuk rumah jiran ketika solat tarawih, rembat wang tunai lebih RM2,500

Suspek yang memecah masuk rumah jirannya berjaya ditangkap penduduk kampung. -Foto Istimewa

SEORANG wanita berusia 31 tahun ditangkap jiran tetangga selepas 'kantoi' memecah masuk rumah seorang penduduk ketika pemiliknya menunaikan solat sunat tarawih di masjid.

Menurut seorang saksi, gelagat suspek yang mencurigakan menyebabkan penduduk setempat segera menghubungi polis selepas melihatnya keluar dari rumah mangsa dalam keadaan tergesa-gesa.

Bagaimanapun sebelum sempat melarikan diri, suspek berjaya ditangkap penduduk.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Oro-oro Ombo Wetan, Pasuruan, Jawa Timur, pada malam Isnin lalu.

Ketua Perhubungan Awam Polis Pasuruan, Iptu Joko Suseno berkata, suspek memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap yang tidak berkunci.

Selain wang tunai berjumlah Rp 6 juta (RM1,627), pelaku turut mencuri beg yang berisi Rp 3 juta (RM813.50) dan wang tunai berjumlah Rp 450,000 (RM122) di dalam dompet serta balang biskut. 

Hasil siasatan mendapati suspek mencuri kerana mahu membayar hutang.

Dia kini didakwa di bawah Perkara 363 Kanun Jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun. 

Iptu Joko menambah, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. -Agensi

Artikel Lain