SEORANG pemuda berusia 20 tahun nyaris maut selepas dipercayai cuba terjun dari jambatan kerana bergaduh dengan ibunya.
Pergaduhan mereka disebabkan wang untuk perkahwinan sehingga membuatkan dirinya putus asa.
Dalam kejadian pada Rabu, lelaki itu menangis teresak-esak dan memegang tiang jambatan di Phra Ong Chao Chaiyanuchit di Bang Bo, Thailand.
Dia kemudian cuba untuk terjun dari jambatan itu sebelum pekerja penyelamat sukarela tiba di tempat kejadian dan segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Keadaan menjadi tegang selama 20 minit dengan penyelamat dan penduduk tempatan cuba menenangkan lelaki yang tertekan itu.
Dia berulang kali memberitahu dirinya sudah berputus asa dan tidak lagi ingin hidup.
Polis yang kemudian tiba cuba memujuknya, dan akhirnya berjaya meyakinkannya untuk menjauhkan diri dari tebing dan berada di kawasan yang lebih selamat.
Anggota polis membawanya ke sebuah restoran berhampiran untuk minum dan menenangkannya.
Setelah tenang, lelaki itu mendedahkan punca di sebalik kegelisahannya. Dia menabung untuk berkahwin dengan pasangannya tetapi gagal mencapai matlamat kewangannya.
Selepas menerima kata-kata semangat daripada anggota polis dan penyelamat, dia beransur-ansur kembali tenang.
Dia memberi jaminan kepada polis bahawa dia tidak akan mencuba perbuatan itu lagi tetapi enggan berkongsi butiran lanjut.
Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah salah, malah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi