SEORANG pesara ditahan kerana didakwa membunuh seorang lelaki sebelum memasak dan memakan kedua-dua zakar dan jantung mangsa.
Wanita berusia 65 tahun tersebut mengaku melakukan jenayah mengerikan itu selepas ditahan bersama pasangannya yang dipercayai bertindak sebagai rakan sejenayahnya.
Mangsa, Celso Marques Ferreira, 60, ditemukan mati tanpa zakar dan sebahagian jantung di sebuah bandar di resort pantai Peruibe, kira-kira dua jam perjalanan ke selatan Sao Paulo, Brazil.
Pisau dengan kesan darah kering dijumpai di tempat kejadian, bersama sekeping nota berlumuran darah yang ditinggalkan di sebelah mayat Celco.
Suspek, wanita yang bernama Josefa bertindak sedemikian selepas mengetahui mangsa merupakan pendera kanak-kanak.
Dilaporkan, suspek memberitahu polis dirinya memakan zakar dan jantung mangsa yang sudah dimasak.
Bagaimanapun, tiada komen mengenai dakwaan bahawa Celso melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak.
Selain Josefa, suspek lelaki berusia 41 tahun turut ditahan, Robson Aparecido de Oliveira, yang dikaitkan dengan jenayah itu, didakwa mengancam Celso sebelum mangsa dibunuh.
Kes tersebut kini dalam siasatan polis. -Agensi