suria

Badan dikerat 8 bahagian! Mayat lelaki dibunuh ditemukan dalam peti sejuk beku

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam peti sejuk beku. Foto Okezone

MAYAT seorang lelaki berusia 54 tahun yang dibunuh oleh sepupunya sendiri ditemukan disimpan dalam peti sejuk beku di sebuah rumah.

Lebih mengerikan, anggota badan mangsa dikerat kepada beberapa bahagian sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Pada masa ini, peti sejuk tersebut menjadi bahan bukti pembunuhan dipercayai dilakukan oleh sepupu mangsa berusia 24 tahun.

Kejadian berlaku di Pasar Kemis, Tangerang di Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dikerat, anggota tubuh disumbat dalam beg! Mayat 9 pelajar ditinggal di tepi lebuh raya

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dikerat 27 bahagian... Anggota badan, cebisan mayat dibuang di enam lokasi

Ketua Polis Daerah Tangerang, Pesuruhjaya Kanan Baktiar Joko Mujiono berkata, mayat mangsa ditemukan dengan anggota badan dikerat kepada lapan bahagian.

"Mayat mangsa dikerat menjadi lapan bahagian," katanya pada Jumaat.

Baktiar berkata, lelaki berkenaan membunuh mangsa pada 23 Disember 2023. 

"Menggunakan pisau dapur di leher, belakang, sebelah kiri lima kali, kemudian menikam dada kiri mangsa sebanyak dua kali," katanya.

Baktiar mendedahkan, kes itu terbongkar pada Khamis 13 Mac lalu, bermula anggota Polis Metro Jakarta Utara datang ke rumah pelaku di Tangerang.

"Polis pada mulanya datang ke kediaman mangsa untuk menahan mangsa, berhubung kes jenayah penipuan yang dilaporkan kepada polis," katanya.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis. -Agensi

 

 

 

Artikel Berikut

Artikel Lain