suria

Suami jemput 5 kawan datang rumah mentua, rogol isteri cacat beramai-ramai

Pelaku jenayah seksual perlu diberi hukuman keras agar ia menjadi pengajaran kepada masyarakat. -Gambar hiasan

TUGAS seorang suami adalah melindungi dan mempertahankan isteri.

Namun, lain pula kisah ini apabila seorang suami tergamak merogol isterinya bersama lima lelaki lain.

Kes itu menjadi perhatian ramai selepas suami mangsa ditahan oleh polis susulan serangan seksual yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut polis, lelaki yang dikenali sebagai Subrata Dey itu merogol isterinya yang cacat di kediaman ibu bapa mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rogol 299 mangsa, isteri tak lapor polis sebab gaji suami lumayan

Menurut laporan, lelaki itu mengajak rakan-rakannya datang ke rumah mentuanya sebelum mereka mengambil minuman keras.

Mereka kemudiannya merogol wanita itu secara beramai-ramai ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah

"Kami memfailkan kes rogol berkumpulan pada 14 Mac, dan menahan seorang lelaki setakat ini. 

"Individu yang ditahan adalah suami mangsa. Dia melakukan jenayah itu bersama rakan-rakannya," kata pegawai penyiasat Sushmita Debnath.

Kejadian berlaku di Agartala, Tripura, India. - Agensi

Artikel Lain