suria

Bimbang lewat ke pusat peperiksaan, remaja perempuan gadai nyawa kejar bas... Rupanya pemandu enggan ambil penumpang

Klip video tular yang mendapat perhatian pihak berkuasa.

SEORANG remaja perempuan yang sedang menunggu bas untuk ke pusat peperiksaan terpaksa berlari mengejar kenderaan itu.

Ia berikutan bas yang dijadualkan di laluan berkaitan tidak berhenti seperti yang ditetapkan meskipun terdapat pengguna menunggunya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Tamil Nadu, India pada pukul 8 pagi, 25 Mac.

Menerusi rakaman video tular,remaja terbabit berlari mengejar bas sebelum pemandunya memberhentikan kenderaan.

Susulan insiden yang berlaku, jabatan pengangkutan menggantung pemandu bas terbabit dan menamatkan perkhidmatan konduktornya.

Menurut sumber, gadis itu belajar di Sekolah Menengah Tinggi Kerajaan Nimmiyambattu dan perlu ke pusat peperiksaan yang terletak kira-kira 3 kilometer dari hentian bas berkenaan.

"Mengikut peraturan, pemandu mesti berhenti di setiap perhentian bas yang ditetapkan, walaupun tiada penumpang kelihatan menunggu. 

"Mungkin ada individu yang menghampiri dari jauh, dan konduktor mesti memberi isyarat kepada pemandu untuk berhenti. 

"Dalam kes ini, kedua-duanya gagal dalam tugas mereka," katanya.

Artikel Lain