KEINGINAN memiliki anak mendorong seorang lelaki melakukan pembunuhan dengan cara melanggar serta menggilis isterinya sehingga maut.
Tindakan kejam itu dibuat selepas lelaki yang dinamakan sebagai Ankit, berasal dari Uttar Pradesh di India menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan kakak iparnya.
Menurut Pegawai Polis kawasan Nagina Bharat Sonkar, suspek melakukan jenayah terbabit bersama rakannya.
Jelasnya, ia dilakukan selepas suspek kecewa kerana tidak memiliki zuriat sepanjang tempoh lima tahun perkahwinan.
"Pada 8 Mac, Ankit meninggalkan isterinya, Kiran (30) berdiri di tepi jalan berhampiran Bundki semasa dia pergi ke stesyen untuk mengisi minyak.
"Pada masa sama, sebuah kereta melanggar Kiran dan melarikan diri. Susulan kejadian itu, keluarganya mengesyaki terdapat keraguan dalam insiden yang berlaku seterusnya menuduh Ankit membunuh," katanya.
Tambah Sonkar, selepas meneliti rakaman kamera pengawasan di kawasan itu, polis mengenal pasti pemilik kereta sebagai Sachin, rakan Ankit.
"Semasa soal siasat, Ankit mengaku melakukan jenayah itu. Dia berkata bahawa dia telah berkahwin selama lima tahun tetapi tidak mempunyai anak dan mahu berkahwin dengan kakak iparnya.
"Oleh itu, untuk mencapainya, dia merancang pembunuhan bersama Sachin dan melancarkan kemalangan itu," kata Sonkar.
Dalam pada itu, polis telah menemui semula kereta yang digunakan dalam jenayah itu, dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Hidustan Times