SEORANG guru di sebuah sekolah rendah ditahan polis kerana didakwa mencabul tiga pelajar lelakinya dalam kejadian yang berasingan, sejak 2023.
Menurut polis, kegiatan jijik guru lelaki berusia 56 tahun itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapa mereka yang kemudian tampil membuat laporan.
Kejadian dilaporkan berlaku di Cilacap Utara, Jawa, Indonesia.
Ketua Polis Daerah Cilacap, Pesuruhjaya Ruruh Wicaksono, mendedahkan berdasarkan hasil siasatan, modus operandi suspek adalah kerap memberikan wang kepada mangsa untuk membina kepercayaan dan keakraban.
"Dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan memanfaatkan masa yang ada untuk beberapa aktiviti seperti berkhemah," kata Ruruh ketika mendedahkan kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Cilacap, oada Isnin.
Menurut Ruruh, perbuatan tidak senonoh itu bermula sejak 2023 terhadap salah seorang mangsanya, seterusnya berlaku pada April 2024 terhadap mangsa kedua; dan Ogos 2024 terhadap mangsa ketiga.
Kejadian hanya diadukan oleh salah seorang mangsa kepada ibu bapanya pada Februari lalu.
Suspek didakwa dengan Perkara 82 perenggan 1 dan 2 bersempena Perkara 76E Undang-undang Perlindungan Kanak-Kanak dan bakal berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun, selain dipecat daripada jawatan guru, jika sabit kesalahan. -Agensi