suria

Alami tekanan kerana cinta dan kerja, lelaki ditemukan gantung diri

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda ditemukan meninggal dunia, dipercayai menggantung diri kerana mengalami tekanan kerja dan cinta.

Mangsa sebelum ini pernah menyuarakan mengenai hasratnya untuk mengakhiri hidupnya, kepada ibu bapanya.

Insiden tragis itu berlaku di rumah mangsa di Kedoya Selatan, Kebon Jeruk di Jakarta Barat, Indonesia.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Kombes Ade Ary Syam Indradi berkata, mangsa ditemukan maut pada Isnin, 24 Mac.

"Sejak minggu lalu, mangsa bercakap dengan orang tuanya untuk mengakhiri hidupnya, dan ketika itu ibunya masih menasihatinya.

"Mangsa pernah ditanya keluarga, mangsa pernah mengalami tekanan kerja dan tekanan hidup serta masalah cinta," kata Ade Ary kepada pemberita, pada Rabu.

Pada Isnin, mangsa berada di rumah seorang diri dan abangnya cuba menghubunginya namun panggilan tidak berjawab.

"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia akibat menggantung diri.

"Abang yang datang ke lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tergantung pada tali di rumah teres tingkat dua" katanya.

Sebagai teringatan. perbuatan membunuh diri adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia