SEORANG wanita dirogol dan dibunuh selepas dia menghadiri majlis perkahwinan rakannya di sebuah resort.
Mangsa, Michaela Mickova, bekerja di Berlin, Jerman dan terbang ke Filipina untuk menghadiri majlis itu di Pulau Boracay pada 8 Mac.
Mayat wanita berusia 23 tahun itu ditemukan pada 12 Mac dalam keadaan separuh bogel.
Susulan penemuan mayat itu, polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan.
Berdasarkan siasatan awal, tiga lelaki itu didakwa memukul mangsa dengan kayu sehingga dia tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudiannya ditarik ke sebuah lokasi sunyi sebelum dirogol oleh tiga lelaki berkenaan.
Dalam perkembangan lain, rakan mangsa turut memulakan tabung GoFundMe untuk mengumpul dana bagi membawa mayatnya pulang ke negara asal, Slovakia. - Agensi.