KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai tindakan keji seorang lelaki yang tergamak merogol anaknya sendiri.
Hugo Ferreira, 37, turut mengaku dia membunuh anak perempuannya itu yang baru berusia lapan hari.
Kejadian berlaku di rumahnya di Welverdiend, Afrika Selatan pada Jun 2023.
Media tempatan melaporkan ibu bayi itu, Maureen Brand, meninggalkan Ferreira sendirian untuk keluar berniaga.
Brand dikatakan terpaksa menjual pakaian demi membeli lampin untuk bayinya yang baru dilahirkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang!
Selepas pulang ke rumah, Brand mendapati bayi itu cedera parah akibat penderaan fizikal dan seksual.
Menjelaskan tindakannya, Ferreira berkata dia mahu memberikan bayi itu "sesuatu untuk ditangisi".
Dalam rayuannya, Ferreira berkata dia "tidak berpuas hati" kerana ditinggalkan bersendirian dengan bayi itu.
Dia kini sedang dibicarakan dan menunggu hukumannya atas jenayah yang dilakukannya. - Agensi.