SEORANG kanak-kanak menikam ibunya dengan sebilah gunting kerana tidak diberikan wang untuk membeli baju raya.
Pelaku merupakan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang berasal dari Mohallah Gulzarabad, Pakpattan, Pakistan.
Mangsa yang dikenali sebagai Sobia, 35, meninggal dunia akibat kecederaannya selepas ditikam di bahagian perut pada Jumaat.
Sobia merupakan seorang tukang jahit, manakala suaminya, Abdul Sattar bekerja sebagai buruh harian.
Pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata dan Abdullah merupakan anak yang kedua.
Menurut Abdul Sattar, Sobia berjanji akan memberi anaknya wang sebaik menerima bayaran daripada pelanggannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk kampung belasah pesakit mental hingga mati selepas suspek bunuh jiran
Pada hari kejadian, Abdullah mengambil gunting dan menikam Sobia kerana mangsa gagal memberikan wang.
Polis bandar Pakpattan menghantar mayat mangsa ke Hospital DHQ untuk bedah siasat dan membawa Abdullah ke dalam tahanan.
Bagaimanapun, tiada kes didaftarkan kerana statusnya di bawah umur.
Pegawai Polis Daerah (DPO) Javed Chadhar berkata polis menerima afidavit daripada ahli keluarga yang mendakwa ia tidak disengajakan dan tidak meminta tindakan undang-undang terhadap kanak-kanak itu.
Dia memberi jaminan semua keperluan undang-undang akan dipenuhi, sambil menambah budak lelaki itu akan dikemukakan di hadapan majistret bersama-sama dengan afidavit dan dijangka dibebaskan tidak lama lagi. - Agensi.