suria

Penagih dadah tinggalkan bayi berusia 2 minggu di kebun pisang, berang isteri sering tolak ajakan hubungan seks

Wuttichai ditahan selepas bertindak meninggalkan bayinya di kebun pisang. -Foto Agensi

TINDAKAN seorang lelaki yang sengaja meninggalkan bayinya yang berusia dua minggu di kebun pisang, akhirnya mengundang padah apabila dia ditangkap polis.

Menurut laporan, lelaki berusia 21 tahun yang juga seorang penagih dadah itu melakukan tindakan sedemikian sebagai mahu mengugut isterinya yang menolak permintaan untuk melakukan hubungan seks.

Kejadian dilaporkan berlaku di Buriram, Thailand.

Lelaki yang dikenali sebagai Wuttichai, kemudian menghantar gambar bayi mereka yang terbaring di atas tanah kepada isterinya, Orathai, 22, yang ketika itu berada di rumah seorang rakan.

Bersama gambar tersebut, Wuttichai menyatakan bahawa dia telah meninggalkan bayi mereka di kebun pisang.

Orathai yang terkejut dengan tindakan suaminya segera melaporkan kepada ketua kampung dan turut memuat naik hantaran di media social.

Wuttichai bagaimanapun membawa bayi mereka pulang dengan selamat.

Polis kemudian melancarkan siasatan termasuk melakukan ujian air kencing terhadap Wuttichai, yang mendapati dia positif dadah. 

Orathai dalam pada itu mendakwa dia dan suaminya kerap bergaduh kerana lelaki tersebut seorang penagih dadah dan kaki judi.

Wanita itu juga mendedahkan mereka kerap kali bergaduh apabila dia menolak permintaan suaminya untuk melakukan hubungan seks selepas kelahiran anak mereka.

Wuttichai kini berdepan dengan tuduhan berkaitan dadah dan akan menjalani pemulihan mengikut undang-undang. -Agensi

Artikel Lain