SEORANG wanita dan dua anaknya maut apabila mereka dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan pada Sabtu.
Wanita berusia 34 tahun itu bersama dua anak perempuannya yang berusia enam dan lapan tahun disahkan maut di tempat kejadian.
Anak lelakinya yang berusia empat tahun pula dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.
Kemalangan berlaku di Ocean Parkway, berhampiran Quentin Road di Brooklyn, New York kira-kira pukul 1 petang.
Keluarga itu dirempuh oleh sebuah kereta Audi yang terbabas selepas melanggar Toyota Camry.
Perlanggaran itu mengakibatkan bahagian belakang Toyota Camry rosak, manakala Audi terbabas sebelum terbalik di atas jalan raya.. - Agensi.